KEBAJIKAN TANAH HARAM
MENYAMPAIKAN BERITA GEMBIRA TENTANG KEDATANGAN RAMADAN
Daripada Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
Telah datang kepada kamu bulan Ramadan yang merupakan bulan yang diberkati.
Allah telah memfardukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka
pintu-pintu langit dan ditutup pintupintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat
(dikekang kejahatan syaitan). Pada bulan ini terdapatnya satu malam yang lebih baik dari
seribu bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu sesungguhnya
dia telah terhalang (dari rahmat Allah)." (Sunan al-Nasa’i, no: 2427 - hadis sahih)
SAMBUT RAMADAN DENGAN BERTAUBAT, HATI YANG KOTOR MENYUKARKAN IBADAH
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda:
“Sesungguhnya apabila seseorang hamba itu, ketika dia melakukan dosa, maka akan
dititikkan di dalam hatinya satu titik hitam. Lalu apabila dia meninggalkan dosanya,
memohon ampun, dan bertaubat, hatinya kembali bersih. Dan jika dia kembali melakukan
dosa, maka akan ditambah titik hitamnya, sehingga menutupi permukaan hati.
Itulah dia ’al-Rān’ yang telah Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang maksudnya):
‘Itu disebabkan kerana al-Rān yang menutupi hati mereka disebabkan dosa yang telah
mereka lakukan.” (Sunan al-Tirmizi, no: 3334 - hadis hasan)
- Pahala Setara Orang Berpuasa: Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa mendapat ganjaran pahala yang sama dengan orang tersebut tanpa dikurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.
- Diampunkan Dosa dan Syurga: Memberi makan sehingga kenyang menjanjikan keampunan dosa dan ganjaran minuman daripada Haudh(telaga) Nabi SAW, serta dijamin syurga.
- Mendapat Selawat Malaikat: Malaikat akan berselawat (memohon keampunan) ke atas orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa di sisinya.
- Ganjaran Sedekah Ramadhan: Ia adalah bentuk sedekah terbaik pada bulan Ramadhan, yang meningkatkan ketaqwaan dan mendidik rasa empati kepada golongan fakir miskin.
- Pahala Walaupun Sedikit: Ganjaran ini diperolehi walaupun hanya memberi sebiji kurma, segelas air, atau seteguk susu.
- Mengeratkan Kasih Sayang: Amalan ini menzahirkan rasa kasih sayang sesama saudara Islam dan membina keharmonian dalam masyarakat.